Marang, Terengganu - Bengkel Pemantapan Kelab Rakan Muda Negeri Terengganu selama 2 hari 1 malam yang berlangsung di Angullia Beach House telah berjaya dianjurkan dengan penuh jayanya pada 14 hingga 15 November 2025. Program ini merupakan inisiatif Kelab Rakan Muda Parlimen Hulu Terengganu dengan kerjasama erat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu.
Bengkel ini menghimpunkan para pemimpin Sekretariat Rakan Muda IPT Negeri Terengganu yang turut disertai oleh Saudara Muhammad Kamil Hakim bin Mohd Zubil, Presiden SRM IKBN Kemasik, Saudara Faiq Irfan bin Fadhly, Bendahari SRM IKBN Kemasik dan Puan Ida Fatiha binti Harun, Penyelaras SRM IKBN Kemasik dan ahli Kelab Rakan Muda dari seluruh daerah dengan tujuan memperkukuh kefahaman terhadap dasar dan aspirasi Rakan Muda serta meningkatkan keupayaan organisasi dalam merancang, mengurus dan melaksanakan program berimpak di peringkat akar umbi.
Sepanjang penganjuran, peserta mengikuti pelbagai sesi pengisian termasuk latihan kepimpinan, pembentukan pasukan, perancangan strategik kelab, komunikasi efektif, serta pembangunan identiti belia progresif. Aktiviti berbentuk praktikal dan kerja berkumpulan turut diadakan, sekali gus menggalakkan pertukaran idea, kreativiti dan pembinaan jaringan yang lebih kukuh antara para peserta.
Secara keseluruhan, program ini bukan sahaja mencapai objektifnya, malah menjadi platform penting dalam memperkasa belia Negeri Terengganu ke arah lebih dinamik, berdaya saing dan berwawasan. Penganjuran ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan memperkukuh jaringan Kelab Rakan Muda di seluruh negeri.
Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Cik Nik Noor Azlihan binti Nik Jamaludin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu. Turut hadir dalam majlis tersebut Asrul Animi bin Haris , Wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang serta Hermawan bin Hasanuddin, Timbalan Pengerusi Kelab Rakan Muda Parlimen Hulu Terengganu.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.