Kemasik, Kemaman – Jabatan Perhotelan IKBN Kemasik telah menganjurkan Kursus Asas Pengemasan dan 𝘏𝘢𝘯𝘥𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘗𝘶𝘣𝘭𝘪𝘤 𝘈𝘳𝘦𝘢 bersama kontraktor kebersihan IKBN Kemasik.
Pelaksanaan kursus adalah bertujuan bagi memberi pendedahan asas berkaitan tatacara pengemasan yang sistematik serta pengendalian kawasan awam mengikut amalan kerja yang teratur. Inisiatif ini dilihat dapat membantu meningkatkan tahap kebersihan, kekemasan serta imej persekitaran institut di samping memperkukuh kefahaman pekerja terhadap standard kerja pengemasan yang lebih profesional.
Kursus ini telah disampaikan oleh Pengajar dari Jurusan 𝘙𝘰𝘰𝘮 𝘈𝘦𝘴𝘵𝘩𝘦𝘵𝘪𝘤𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘋𝘦𝘤𝘰𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 iaitu Pn. Heryanti binti Samuri. Penyampaian merangkumi teknik asas pembersihan, penggunaan peralatan yang betul, serta amalan kerja selamat semasa mengendalikan kawasan awam.
Seramai 20 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada penyelia dan pekerja kebersihan. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta menunjukkan komitmen yang baik serta penglibatan aktif dalam sesi pembelajaran.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan kebersihan di IKBN Kemasik.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profeasional Terunggul
