PELAJAR BUKTIKAN KECEMERLANGAN TVET BIDANG HAIRDRESSING DI MY SKILLS COMPETITION 2026

    PELAJAR BUKTIKAN KECEMERLANGAN TVET BIDANG HAIRDRESSING DI MY SKILLS COMPETITION 2026

    πŸ‡²πŸ‡Ύ
    Summit USJ, Subang Jaya, Selangor -Β Jabatan Kosmetologi IKBN Kemasik telah menyertai MySkills Competition 2026 anjuran Hairdressing Skills Development Organization (HSDO) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
    Dalam pertandingan ini, IKBN Kemasik telah menghantar seramai 5 orang peserta yang bertanding dalam 2 kategori. Pertandingan ini turut melibatkan pengajar dari bidang Perekaan Gaya Rambut (PGR) serta dua orang alumni PGR telah dijemput sebagai Hakim.

    Pencapaian yang telah diraih:
    πŸ₯‰ TempatΒ Ketiga dimenangi oleh Nurul Farahtul Binti Mahamad Faysa bagi kategori Ladies Long Hair Up, dengan membawa pulang medal, sijil penyertaan serta peralatan dan produk salon.

    Turut mencuri tumpuan, peserta WorldSkills Shanghai 2026, Wan Nur Amilya Binti Wan Zolkarnaini dari IKBN Kemasik telah menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya meraih:

    πŸ₯‡ Tempat Pertama kategori ladies Long Hair Up

    πŸ₯‡ Tempat Pertama kategori Ladies Long Hair Down Inspiration

    πŸ† Anugerah Best Haircut

    Β 
    Pencapaian ini mencerminkan tahap kemahiran, disiplin serta komitmen tinggi para peserta dan tenaga pengajar dalam memperkukuh kecemerlangan bidang TVET di peringkat kebangsaan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.