- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 32
KURSUS THE SYMPHONY OF WELCOME & ROOM DECORATION
Kemasik, Kemaman - Kursus The Symphony of Welcome & Room Decoration anjuran Jabatan Perhotelan IKBN Kemasik telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 25 orang peserta. Peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dalam industri perhotelan serta pengusaha inap desa (homestay). Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar Jabatan Perhotelan iaitu Puan Heryanti binti Samuri bagi bidang Room Aesthetics & Decoration serta Puan Nor Nadia Syakira binti Zulkeple bagi bidang Perkhidmatan Kaunter Hadapan.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam aspek layanan tetamu secara profesional, komunikasi digital berkesan dan teknik dekorasi bilik yang kreatif serta bernilai komersial selaras dengan kehendak industri hospitaliti masa kini.
Pelaksanaan kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan teori, malah menekankan pendekatan praktikal bagi memastikan peserta mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari secara terus dalam operasi sebenar.
Maklum balas yang diterima amat positif, di mana peserta menyatakan kursus ini sangat relevan dan membantu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan serta daya saing dalam industri hospitaliti.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
