PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA IKBN KEMASIK BERSAMA KOMUNITI PENDIDIKAN KEMAMAN

    PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA IKBN KEMASIK BERSAMA KOMUNITI PENDIDIKAN KEMAMAN

    Kemasik, Kemaman - Perbincangan kerjasama strategik antara Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik bersama komuniti pendidikan kemaman telah diadakan hari ini, dipengerusikan oleh Pengarah, Puan Norlia Abdullah. Melalui inisiatif ini, IKBN Kemasik berhasrat untuk melebarkan sayap dan memantapkan lagi usahasama ke arah memartabatkan Pendidikan TVET bersama komuniti pendidikan berhampiran.  

    Perbincangan khas ini juga bersempena mempromosikan tawaran kemasukan ke IKBN Kemasik kepada belia daerah Kemaman, sekaligus memanfaatkan peluang latihan kemahiran yang disediakan di IKBN Kemasik. Semoga inisiatif ini membantu meningkatkan kebolehkerjaan dan kebolehpasaran graduan dari kalangan belia daerah Kemaman.

    TVET Pilihan Kerjaya Utama.
    ILKBS Profesional Terunggul. 

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.