LAWATAN VERIFIKASI PENENTUSAHAN PENTAULIAHAN PROGRAM TVET BERASASKAN COPTPA BIDANG DANDANAN RAMBUT

    LAWATAN VERIFIKASI PENENTUSAHAN PENTAULIAHAN PROGRAM TVET BERASASKAN COPTPA BIDANG DANDANAN RAMBUT

    πŸ† TAHNIAH IKBN KEMASIK πŸ†

    πŸ“… Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
    πŸ“ Tempat: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Terengganu

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik telah menerima lawatan verifikasi penentusahan pentauliahan bagi Program Latihan Kemahiran berasaskan Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA) untuk bidang Dandanan Rambut [S960-008-3:2025] pada 21 Oktober 2026.

    Lawatan verifikasi ini telah dilaksanakan oleh panel penilai yang terdiri daripada:
    πŸ”Ή Puan Dayang Nurul Nahar binti Talib – Panel Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
    πŸ”Ή Puan Ernie Eddina @ Seri binti Idrus – Panel Industri
    πŸ”Ή Encik Wan Hussin bin Wan Ahmad – Panel APV

    πŸŽ‰ KEPUTUSAN: DIPERAKU DAN DITAULIAH DENGAN JAYANYA ! πŸŽ‰

    Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga IKBN Kemasik Program Perekaan Gaya Rambut atas kejayaan memperoleh perakuan dan pentauliahan ini. Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan IKBN Kemasik dalam memastikan pelaksanaan latihan kemahiran memenuhi standard kualiti yang ditetapkan, di samping memperkukuh tadbir urus latihan TVET serta melahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri.

    Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan berterusan dan kecemerlangan IKBN Kemasik dalam menyediakan latihan kemahiran yang berkualiti demi pembangunan modal insan negara. πŸ’ͺ✨

    IKBN Kemasik – Memperkasa Kemahiran, Membina Masa Depan

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    #TeamIKBNKemasik
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #TVETMalaysia
    #MalaysiaMADANI
    #MADANIBekerja
    #RancakkanMADANIΒ 

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.