BENGKEL TEKNOLOGI TERKINI SONY & EPSON DI IKBN KEMASIK

    BENGKEL TEKNOLOGI TERKINI SONY & EPSON DI IKBN KEMASIK

    Kemasik, Kemaman – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan kerjasama Jabatan Multimedia serta pihak industri iaitu Vertex Vision Resources, Sony Malaysia dan Epson Malaysia telah menganjurkan Bengkel Teknologi Terkini yang memberi fokus kepada produk Sony dan Epson melalui perkongsian kepakaran amali dan teori (Technology Updates).

    Program ini turut menampilkan Encik Junaidi, tenaga profesional dalam bidang fotografi daripada industri, yang berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau bersama para peserta. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai perkembangan teknologi terkini dalam bidang komputer, kamera dan pencetak profesional, termasuk fungsi, keupayaan serta aplikasi teknologi tersebut dalam menyokong keperluan kerja, pengajaran dan pembelajaran.

    Sesi perkongsian ini memberi manfaat besar kepada para pengajar dan pelajar Bidang Penerbitan Video Kreatif, Jabatan Multimedia, khususnya dalam meningkatkan pengetahuan, kecekapan kerja serta pemahaman terhadap penggunaan teknologi terkini. Para peserta turut berpeluang merasai pengalaman menggunakan peranti Sony yang digunakan dalam industri perfileman melalui sesi fotografi bersama model, dengan kerjasama Jabatan Kosmetologi, Bahagian Terapi Kecantikan dan Pereka Gaya Rambut.

    IKBN Kemasik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Vertex Vision Resources, Sony Malaysia, Epson Malaysia serta Encik Junaidi atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh hubungan antara institut dan pihak industri.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya. 
    ILKBS Profesional Terunggul.

    #SONYmalaysia
    #EPSONmalaysia
    #KitaSemuaTeamMAS
    #ikbnKEMASIK 
    #TeamILKBS 
    #teamKBS 
    #TVETmalaysia
    #ProfessionalTerunggul
    #MalaysiaMadani
    #JomMasukIKBNkemasik 
    #MADANIBekerja

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.