MAJLIS SEMARAK SEMANGAT KONTINJEN NEGARA KE WORLDSKILLS COMPETITION SHANGHAI 2026

    MAJLIS SEMARAK SEMANGAT KONTINJEN NEGARA KE WORLDSKILLS COMPETITION SHANGHAI 2026

    2 April 2026( Khamis) – Dewan Besar, CIAST Shah Alam. Telah berlangsung Majlis Semarak Semangat Kontijen Negara ke WorldSkills Competition Shanghai 2026 dengan jayanya. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad  bin Hj. Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap  Chef de Mission. Majlis ini diadakan sebagai persiapan awal bagi menyuntik semangat, motivasi serta memberikan sokongan moral kepada kontinjen negara yang bakal mewakili Malaysia ke pertandingan Worldskills  Competition Shanghai 2026.
    YB Datuk Seri Dr. Ahmad  bin Hj. Maslan menegaskan bahawa untuk mencapai sesuatu yang luar biasa, kita perlu melakukan perkara yang luar biasa — bukan sekadar usaha biasa-biasa. Beliau turut menyatakan bahawa sasaran luar biasa ini penting kerana Malaysia masih belum pernah meraih pingat emas dalam konteks tersebut, justeru memerlukan komitmen, strategi dan usaha yang lebih luar daripada kebiasaan.
    Pihak Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan yang hadir ialah Puan Liyana binti Haminudin, Ketua Penolong Pengarah, dan Ts. Jayidah binti Mat Salleh, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif.
    Turut hadir ialah wakil Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik iaitu Cik Norazimah binti Mohamed Nazri, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan; Cik Ailen Gee Yuwitin, Jurulatih Bidang Hairdressing; serta Wan Nur Amilya binti Wan Zolkarnaini, peserta WorldSkills Competition Shanghai bagi bidang Hairdressing.
    Sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada kecemerlangan, ganjaran khas turut diumumkan:
    🥇 Pingat Emas – RM40,000 & sebuah motosikal
    🥈 Pingat Perak – RM25,000 
    🥉 Pingat Gangsa – RM15,000
    Selamat Maju Jaya Kontijen Negara 

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.