- Mohd Razman Bin Mohamad
- IKBN Kemasik
- Hits: 25
PROMOSI & PUBLISITI DENGAN PENGLIBATAN MEMBUKA RERUAI DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH (SMK) SEKITAR DAERAH DUNGUN & KEMAMAN, BERSEMPENA DENGAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025
SELASA, 31 MAC 2026 : IKBN Kemasik melebarkan sayap usaha Promosi & Publisiti dengan penglibatan membuka reruai di beberapa buah sekolah (SMK) sekitar daerah Dungun & Kemaman, bersempena dengan Pengumuman Keputusan SPM 2025. Para petugas memanfaatkan peluang yang ada untuk membuat hebahan berkaitan kursus-kursus yang ada ditawarkan di IKBN Kemasik, berfokus kepada pengambilan Julai 2026 ini. Calon yang berkunjung ke reruai juga diberi pendedahan awal berkaitan permohonan belajar di IKBN KEMASIK melalui medium UP_TVET. Pihak Cawangan Hubungan Industri (Media, Promosi & Publisiti) merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat secara langsung menjalankan usaha promosi kali ini. Semoga usahasama kita ini memberi manfaat kepada belia & institut juga. JOM MASUK IKBN KEMASIK!
TVET Pilihan Kerjaya Utama.
ILKBS Profesional Terunggul.
