MINGGU KESELAMATAN: SELAMAT ITU HEBAT!

    MINGGU KESELAMATAN: SELAMAT ITU HEBAT!

    Kemasik, Kemaman – Sebagai institusi yang komited dalam melestarikan budaya keselamatan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan penuh iltizam telah menganjurkan Minggu Keselamatan IKBN Kemasik 2025 pada 29 dan 30 Oktober 2025 yang melibatkan seluruh warga institut.
    Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bersama Unit Hal Ehwal Pelajar ini bertujuan meningkatkan kefahaman mendalam tentang kepentingan keselamatan menyeluruh yang merangkumi aspek keselamatan diri, pencegahan buli, gangguan seksual, pengurusan bahaya di tempat kerja, kesejahteraan mental, dan kemahiran kecemasan kebakaran.

    Sinergi erat bersama pihak-pihak berwajib termasuk Balai Polis Daerah Kemaman, Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, dan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman telah menyuntik semangat profesionalisme dan komitmen tinggi ke dalam program ini.

    "Kami amat menitikberatkan aspek keselamatan dalam semua urusan," kata Encik Rahmat Bin Elli selaku Ketua JKKP. "Program seumpama ini amat mustahak untuk memastikan setiap warga IKBN sedar akan tanggungjawab bersama dalam mengekalkan persekitaran yang selamat dan sihat."
    Dengan gabungan pendekatan teori dan praktikal, program ini diharap dapat membentuk mindset menanamkan nilai cakna keselamatan dalam kalangan pelajar dan kakitangan, sekaligus melahirkan komuniki IKBN yang lebih bertanggungjawab, prihatin dan produktif.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.