TAHNIAH JABATAN PERHOTELAN, IKBN KEMASIK!

    TAHNIAH JABATAN PERHOTELAN, IKBN KEMASIK!

    🏆 
    Hulu langat, Selangor - Jabatan Perhotelan, IKBN Kemasik telah meraih tempat pertama dan membawa pulang RM3,000.00 dalam Pertandingan Akhir TVET sempena Hari Terbuka Yayasan Raja Muda Selangor di IKTBN Dusun Tua. Produk inovatif yang dipertandingkan ialah “Seedra Soap”, hasil kreativiti dan usaha pelajar Jabatan Perhotelan.

    Pertandingan ini disertai oleh lima (5) orang pelajar bersama dua (2) orang pegawai pengiring yang menunjukkan komitmen serta semangat tinggi sepanjang pertandingan. Produk inovatif “Seedra Soap”sabun semula jadi berasaskan minyak masakan terpakai, biji kurma dan daun bunga raya membuktikan bahawa bahan buangan mampu menjadi produk mesra alam berimpak tinggi.

    🌱 Dari sisa jadi berharga, Seedra Soap hasil gabungan kreativiti dan kesedaran alam sekitar, membawa mesej kelestarian dan pemerkasaan komuniti.

    💪 TVET Pilihan Utama Kerjaya
    🌟 ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.