PERHIMPUNAN BULANAN ANJURAN JABATAN HOSPITALITI

    PERHIMPUNAN BULANAN ANJURAN JABATAN HOSPITALITI

    MEMBAWAKAN TEMA "SEMARAK SEMANGAT PATRIOTISME DAN RAI KECEMERLANGAN WARGA"

    Kemasik, Kemaman – Meriah dan penuh penghargaan! β€οΈπŸ’™πŸ’›πŸ€

    IKBN Kemasik telah mengadakan Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Hospitaliti, yang turut menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

    Majlis diserikan dengan tayangan sorotan aktiviti, amanat Pengarah IKBN Kemasik serta penyampaian pelbagai sijil, hadiah dan anugerah kepada warga kerja dan pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik, sukan, inovasi, pertandingan kemahiran serta sahsiah.

    πŸ† Antara yang diraikan ialah MPP Sport Fiesta 2026, Kejohanan Futsal Program Ekspresi Bakat, Bilik Asrama Terbersih, Pertandingan Poster Digital Hari Kebangsaan, WSMB, iDEA’26, i-IEC 2026, Kecemerlangan Akademik serta Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT).

    Tidak ketinggalan, sambutan hari jadi warga IKBN Kemasik bagi bulan Jun hingga September turut menambahkan kemeriahan majlis. πŸŽ‚πŸŽ‰
    πŸ‘ Tahniah dan syabas kepada semua penerima dan seluruh warga IKBN Kemasik!

    Semoga setiap kejayaan menjadi inspirasi untuk kita terus melangkah lebih jauh dan mencipta lebih banyak kecemerlangan. πŸ’ͺ✨

    #IKBNKemasik
    #TeamILKBS
    #TVETMalaysia
    #MalaysiaMADANI
    #JomMasukIKBNKemasik

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.