IKBN KEMASIK JAYAKAN PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2026

    IKBN KEMASIK JAYAKAN PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2026

    Kemasik, Kemaman – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik hari ini menjayakan Program Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026 bersempena sambutan World Cleanup Day 2026. Program yang berlangsung pada Sabtu, 26 September 2026, bermula jam 8.15 pagi itu melibatkan penyertaan warga institusi yang terdiri daripada pegawai, kakitangan serta para pelajar.

    Program berkenaan dilaksanakan menerusi aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar IKBN Kemasik, meliputi beberapa lokasi antaranya Dewan Seri Suria, kafeteria, Youth Port, Dataran Perhimpunan, Pondok Keselamatan, Padang Hoki, Blok Akademik dan asrama. Pelaksanaan Hari Cuci Malaysia 2026 ini bertujuan menggalakkan penglibatan warga IKBN Kemasik dalam menjaga kebersihan persekitaran, di samping memupuk semangat gotong-royong serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara kelestarian alam sekitar.

    Penyertaan warga institusi dalam program seumpama ini turut menjadi platform untuk mengeratkan kerjasama dan semangat kebersamaan dalam mewujudkan persekitaran IKBN Kemasik yang bersih, selesa dan kondusif. Program Hari Cuci Malaysia 2026 di IKBN Kemasik diharapkan dapat terus menyemarakkan budaya menjaga kebersihan serta membentuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan warga institusi.

    💼TVET Pilihan Kerjaya Utama.
    🏆ILKBS Profesional Terunggul. 

    #HariCuciMalaysia2026 
    #WorldCleanUpDay2026 
    #IKBNKemasik 
    #TeamILKBS 
    #MalaysiaMadani

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.