Kemasik, Kemaman - Perhimpunan Bulanan IKBN Kemasik Mei 2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat, berinformasi dan harmoni hasil anjuran bersama Jabatan Perhotelan dan Jabatan Pengajian Umum dengan kerjasama Jabatan Multimedia.
Majlis dimeriahkan dengan tayangan video aktiviti, amanat daripada Pengarah IKBN Kemasik serta beberapa sesi penyerahan penting termasuk penyerahan bendera kontinjen WSMB 2026 dan penyerahan kontinjen sukan IKBN Kemasik ke Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 Tahun 2026.
Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah, sijil dan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada warga dan pelajar yang telah menunjukkan pencapaian serta komitmen cemerlang. Persembahan pelajar dari Jabatan Perhotelan turut menceriakan suasana majlis.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan perhimpunan ini. Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk memupuk semangat kerjasama, disiplin dan kecemerlangan warga IKBN Kemasik.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
