PERTANDINGAN SENI BUNGA KITAR SEMULA 2025

    PERTANDINGAN SENI BUNGA KITAR SEMULA 2025

    Kemasik, Kemaman – Pertandingan Seni Bunga Kitar Semula 2025 anjuran Jabatan Perhotelan IKBN Kemasik telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Seri Suria IKBN Kemasik. Program berteraskan tema “Menjana Inovasi, Kreativiti dan Kelestarian Alam” itu berjaya menarik penyertaan 21 kumpulan melibatkan seramai 84 pelajar daripada semua jabatan.

    Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Kemasik, Pn. Norlia binti Abdullah, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan kreativiti dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan generasi muda. Beliau turut memuji usaha para peserta yang berjaya menzahirkan idea inovatif melalui penggunaan bahan kitar semula dalam seni gubahan bunga.
    Pelbagai hasil seni unik dan kreatif dipersembahkan, menggambarkan komitmen pelajar terhadap kelestarian alam serta kemahiran seni reka yang tinggi.

    Keputusan Pertandingan Seni Bunga Kitar Semula 2025
    Johan: Kumpulan Rebloomers (Jabatan Hospitaliti)
    Karya:  Harmony in Bloom
    Naib Johan: Florist Team (Jabatan Multimedia)
    Karya:  Bunga Kristal Kemboja
    Tempat Ketiga: Kumpulan Seroja (Jabatan Kosmetologi)
    Karya: Cinta Abadi Indahnya Alam
    Tempat Keempat: Kumpulan Nature Lovers (Jabatan Perhotelan)
    Karya: Laman Adat
    Tempat Kelima: Kumpulan Gempak Dhooww (Jabatan Hospitaliti)
    Karya: Bunga Akrilik

    Penganjur turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang serta penghargaan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kerjasama, kreativiti dan inovasi sepanjang pertandingan berlangsung.

    Pertandingan Seni Bunga Kitar Semula ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk memupuk kesedaran kelestarian alam dan mengasah bakat seni dalam kalangan pelajar IKBN Kemasik.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.