Kemasik, Kemaman - Kursus ini adalah anjuran Jabatan Perhotelan IKBN Kemasik dan telah dilaksanakan oleh Tenaga Pengajar Bidang Room Aestehtic & Decoration iaitu Puan Heryanti binti Samuri dan Perkhidmatan Kaunter Hadapan iaitu Puan Nor Nadia Syakira binti Zulkeple.
Kursus ini telah mendapat perhatian daripada 11 orang pengusaha inap desa (homestay) dari pelbagai latar belakang di sekitar komuniti Kemaman, Terengganu. Program ini menumpukan kepada dua kemahiran utama iaitu:
✅ Style Bed Making – teknik kemas dan profesional mengikut standard hotel
✅ Guest Service Skills – komunikasi, etika dan layanan tetamu
Para peserta menunjukkan komitmen tinggi dan bersemangat sepanjang kursus, mempraktikkan teknik yang diajar, serta menampilkan sikap profesional, perkongsian pengetahuan dan hospitaliti yang positif.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan keyakinan diri dan kebolehkerjaan dalam bidang masing-masing.
TVET Pilihan Kerjaya Utama.
ILKBS Profesional Terunggul.
