Sambutan Wira Wirawati Negara Dari Worldskills ASEAN Manila 2025

    31 Ogos 2025, Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 telah berlangsung sambutan wira wirawati negara dari WorldSkills ASEAN Manila 2025. Sambutan ini bertujuan meraikan kepulangan peserta yang telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
     
    Selamat pulang wira wirawati negara bagi bidang Hairdressing yang telah berjaya meraih PINGAT EMAS di WorldSkills ASEAN Manila 2025:
     
    Peserta: Saudari Wan Nur Amilya binti Wan Zolkarnaini 🏅🇲🇾
    Pakar Negara: En. Khaljaksa Khalil A.M.N
    Jurulatih Negara: Cik Ailen Gee binti Yuwitin
     
    Kejayaan ini merupakan satu pencapaian luar biasa kerana Malaysia berjaya berdiri megah di pentas ASEAN melalui bidang kemahiran, sekaligus membuktikan anak muda Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Sambutan tersebut turut dihadiri oleh:
     
    YBrs. Puan Zakiah binti Mat Jali - Timbalan Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
    YBrs. Puan Liyana binti Haminudin - Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
    YBrs. Ts. Jayidah binti Mat Salleh - Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
     
    Wakil IKBN Kemasik:
     
    YBrs. Puan Norlia binti Abdullah, Pengarah IKBN Kemasik dan Puan Infazah binti Mohamad Razali, Penyelaras bagi bidang Hairdressing IKBN Kemasik.
    Sambutan ini bukan sahaja menzahirkan penghargaan kepada peserta dan jurulatih, malah menjadi simbol kebanggaan negara terhadap kejayaan dalam bidang kemahiran TVET. Pencapaian pingat emas ini diharapkan dapat menyuntik semangat kepada belia Malaysia untuk terus memilih TVET sebagai kerjaya masa depan.
     
    ✨ “WIRA WIRAWATI MALAYSIA, SEMANGATMU MENGGEMA DUNIA” ✨
     
    TVET Pilihan Kerjaya Utama
    ILKBS Professional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.