

Tahniah dan syabas kepada Wan Nur Amilya Binti Wan Zolkarnaini dari IKBN Kemasik yang mewakili Malaysia dalam bidang Hairdressing, telah mencipta sejarah apabila berjaya merangkul
Pingat Emas (Gold Medal) di pentas WorldSkills ASEAN Manila 2025 dalam bidang Hairdressing.

Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, ia adalah hasil daripada dedikasi, latihan konsisten, serta bimbingan padu daripada Pakar Negara, jurulatih, dan sokongan penuh warga IKBN Kemasik, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), serta Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pakar Negara, Encik Khaljaksa bin Khalil, pihak KBS dan JPK, serta semua yang sentiasa percaya akan kemampuan anak muda TVET Malaysia.
Syabas Wan Nur Amilya, anda telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa! 



TVET Pilihan Kerjaya Utama
ILKBS Professional Terunggul