SELAMAT BERJUANG WIRA IKBN KEMASIK!

    SELAMAT BERJUANG WIRA IKBN KEMASIK!

    🌟Kemasik, Kemaman - Warga IKBN Kemasik mengucapkan selamat maju jaya dan semoga beroleh kejayaan kepada pelajar IKBN Kemasik yang akan menyertai Pertandingan Peringkat Akhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026 dalam bidang Hairdressing.🌟

    📅 Tarikh: 9 – 11 Jun 2026
    📍 Tempat: CIAST, Shah Alam, Selangor

    💇‍♂️ Peserta:
    SYAHBIL IQBAL BIN SYAHRIL NIZAM

    👩‍🏫 Jurulatih:
    AILEN GEE BINTI YUWITIN
    NUR HAIFATUL AKMAL BINTI HARUN

    Seluruh warga IKBN Kemasik mendoakan agar saudara Syahbil Iqbal diberikan ketenangan, keyakinan serta kekuatan untuk menampilkan prestasi terbaik sepanjang pertandingan. Jadikan setiap cabaran sebagai peluang untuk menyerlahkan bakat, kemahiran dan kreativiti yang telah diasah dengan penuh dedikasi.

    ✨ "Kejayaan bukan milik mereka yang tidak pernah gagal, tetapi milik mereka yang tidak pernah berputus asa. Percaya pada kemampuan diri, berani mencipta kelainan dan buktikan bahawa pelajar TVET mampu berdiri megah di pentas kecemerlangan." ✨

    Teruskan melangkah dengan penuh semangat, berikan yang terbaik dan harumkan nama IKBN Kemasik.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.