- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 32
PERTANDINGAN REKA CIPTA DAN INOVASI (INNOVATION DEVELOPMENT THROUGH EDUCATIONAL ACTIVITIES) – IDEA 2026
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga IKBN Kemasik!
Penyertaan IKBN Kemasik dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi (Innovation Development Through Educational Activities) – IDEA 2026 telah membuktikan komitmen institusi dalam melahirkan budaya inovasi, kreativiti dan kecemerlangan di kalangan pelajar.
Daripada 13 projek inovasi yang dipertandingkan, IKBN Kemasik berjaya meraih pencapaian yang amat membanggakan iaitu:
🏅 1 Pingat Emas
🥈 3 Pingat Perak
🥉 7 Pingat Gangsa
📜 2 Sijil Penyertaan
Antara projek yang berjaya mengharumkan nama IKBN Kemasik ialah:
🥇 SMART BMI – PINGAT EMAS
🥈 ARTIFICIAL INTELLIGENCE SKIN & BEAUTY APPS (AISYA) – PINGAT PERAK
🥈 JAN-TUNG CRUNCH – PINGAT PERAK
🥈 THERABATIK HEADBAND – PINGAT PERAK
🥉 NATURE BREW SCRUB, TOMIRA SOAP, ECORCE LUXE, VELURA, SOY-DATE MINI BITES, SWEET LIPS SCRUB DAN VERA FACE SCRUB – PINGAT GANGSA
📜 HITAMMANIS DAN HOMEMADE LEMON SCRUB – SIJIL PENYERTAAN
Kejayaan ini mencerminkan kesungguhan para pelajar serta bimbingan tenaga pengajar dalam menghasilkan inovasi yang berkualiti, berimpak tinggi dan berpotensi untuk dikembangkan pada masa hadapan.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan serta menyemarakkan budaya penyelidikan, inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga IKBN Kemasik.
“Kreativiti Menjana Inovasi, Inovasi Memacu Kecemerlangan.”
Tahniah sekali lagi kepada semua peserta dan pembimbing yang telah mengharumkan nama IKBN Kemasik di pentas IDEA 2026
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
