AUDIT EKSA BPKB 2026 DI IKBN KINARUT CATAT PENCAPAIAN CEMERLANG

    AUDIT EKSA BPKB 2026 DI IKBN KINARUT CATAT PENCAPAIAN CEMERLANG

    Kinarut, 4 Jun 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah menerima kunjungan pasukan Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 3 & 4 Jun 2026.

    Pasukan audit yang diketuai oleh En. Mohd Asrul Azim bin Mohd Salleh dan dibantu oleh tiga orang juruaudit iaitu Dr. Loke Kok Foong, Pn. Shaliza binti Samasudin dan Pn. Fadilah binti Mohd telah menilai tahap pematuhan dan keberkesanan pelaksanaan amalan EKSA DIY di IKBN Kinarut selaras dengan garis panduan serta kriteria yang telah ditetapkan oleh KBS.

    Sepanjang audit berlangsung, pasukan audit telah membuat pemeriksaan dan penilaian secara menyeluruh di pelbagai lokasi termasuk pejabat, bilik kuliah, bengkel, makmal, stor, ruang gunasama serta kawasan persekitaran kampus. Penilaian turut melibatkan aspek kebersihan, keselamatan, pengurusan fail, pengurusan aset, pelabelan, dokumentasi, inovasi dan amalan hijau yang dilaksanakan oleh setiap zon.

    Hasil daripada penilaian audit telah melayakkan IKBN Kinarut memperoleh markah cemerlang sekali gus membuktikan amalan EKSA DIY oleh warga institut terus dipatuhi. Di samping melaksanakan penilaian, pasukan audit turut berkongsi pandangan, teguran membina serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuhkan lagi amalan EKSA DIY di IKBN Kinarut.

    Pihak pengurusan IKBN Kinarut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan audit EKSA DIY KBS atas komitmen, bimbingan serta khidmat profesional yang diberikan sepanjang pelaksanaan audit.

    Pencapaian ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada seluruh warga IKBN Kinarut untuk terus mengekalkan momentum kecemerlangan serta memperkukuhkan amalan EKSA dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, selamat, sistematik dan berkualiti.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.