- Kok Kaw Keaw
- IKBN Kinarut
- Hits: 24
KEPUTUSAN PERTANDINGAN E-FOOTBALL MOBILE JELAJAH TVET ILKBS 2026 ZONE BORNEO
PENAMPANG, 8 Ogos 2026 – Pertandingan E-Football Mobile sempena Jelajah TVET ILKBS 2026 Zon Borneo telah berlangsung dengan penuh meriah di ITCC Mall, Penampang, Sabah.
Pertandingan yang menghimpunkan 28 peserta ini bukan sahaja mencetuskan persaingan sengit dalam kalangan pemain, malah turut menyerlahkan semangat kesukanan, kemahiran digital serta kreativiti generasi muda dalam bidang e-sukan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen serta semangat juang yang ditunjukkan sepanjang pertandingan.
SENARAI PEMENANG
JUARA
MARK JOANNES EDWIN
NAIB JUARA
MUHAMMAD EYZARIELL LEE JUNG WOO
TEMPAT KETIGA
MUHAMMAD AQIL ZAFRAN BIN ALIAS
TEMPAT KEEMPAT
MOHAMMAD ADEEB IZZUAN BIN JAINI
Sekalung tahniah kepada para pemenang dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan pertandingan ini. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Mohamad Sophian bin Kandar selaku penyelaras program Jelajah TVET ILKBS 2026 Zon Borneo.
Pertandingan E-Football Mobile ini membuktikan bahawa e-sukan bukan sekadar hiburan, malah menjadi platform untuk mengasah strategi, disiplin, daya saing dan kemahiran digital generasi muda.
Tahniah semua! Teruskan mencipta kejayaan dalam dunia e-sukan!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
