PENAMPANG, SABAH | 8 OGOS 2026 – Program Jelajah TVET ILKBS 2026 Zon Borneo yang berlangsung di ITCC, Penampang, Sabah telah melabuhkan tirainya dengan jayanya melalui Majlis Perasmian Penutupan yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan.
Antara pengisian utama program ialah sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pihak industri serta simbolik penyerahan surat tawaran pekerjaan kepada peserta yang berjaya melalui sesi temuduga MYFutureJobs.
Program yang berlangsung selama dua hari ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik yang memberi peluang kepada para pengunjung dan belia mendapatkan pendedahan berkaitan TVET, latihan kemahiran, peluang pekerjaan serta laluan kerjaya dalam industri.
Kejayaan penganjuran Jelajah TVET ILKBS 2026 Zon Borneo turut mendapat sokongan dan kerjasama erat daripada institusi ILKBS, khususnya Puan Zuarini Jumai, Pengarah IKBN Kinarut, dan Encik Mazlan bin Anis, Pengarah IKBN Miri, yang bersama-sama memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program di Zon Borneo.
Penglibatan pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen berterusan ILKBS dalam memperkukuh hubungan strategik bersama industri, memperluas peluang kerjaya serta membuka lebih banyak ruang kepada belia untuk membina masa depan melalui bidang TVET.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Puan Chan Hong Jin, serta Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, YBrs. Encik Mohd Sukri Ismail.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak, agensi, institusi, rakan industri, peserta, pengunjung serta seluruh warga kerja yang telah bersama-sama menjayakan Jelajah TVET ILKBS 2026 Zon Borneo.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
