MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL SIRI 6/2026

    MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL SIRI 6/2026

    MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL SIRI 6/2026 BERLANGSUNG MERIAH, HIMPUNKAN 189 PESERTA TERMASUK 30 PELAJAR IKBN KINARUT

    KOTA KINABALU, 23 Mei – Majlis Penutupan Program Jaguh Keusahawanan Nasional Siri 6/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Mustapha, UiTM Cawangan Sabah.

    Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Mohamad bin Alamin. Turut hadir, Rektor UiTM Sabah, Profesor Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed serta para peserta dan jemputan.

    Program yang menghimpunkan seramai 189 peserta dari seluruh negeri Sabah itu turut disertai oleh 30 orang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut sebagai pendedahan kepada dunia keusahawanan serta pembangunan kompetensi belia TVET.

    Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku, bacaan ikrar Rukun Negara serta tayangan montaj program. Dalam ucapannya, YB Datuk Mohamad bin Alamin menekankan kepentingan pembangunan keusahawanan dalam melahirkan belia yang berdaya saing, kreatif dan inovatif khususnya di negeri Sabah.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada semua institusi yang telah mengikuti program kali ini.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.