KUNJUNGAN HORMAT SEDAFIAT KE IKBN KINARUT

    KUNJUNGAN HORMAT SEDAFIAT KE IKBN KINARUT

    Kinarut, 20 Mei 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi SEDAFIAT yang diketuai oleh Encik Khamis bin Abd Rashid Majid, Ketua Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran SEDAFIAT Sdn. Bhd.

    Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan strategik serta memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pembangunan kemahiran, latihan teknikal dan pendidikan TVET antara kedua-dua pihak.

    Delegasi telah disambut mesra oleh pihak pengurusan IKBN Kinarut sebelum sesi taklimat dan perbincangan rasmi diadakan. Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi kolaborasi dalam pelaksanaan program latihan, perkongsian kepakaran, pembangunan modal insan serta keperluan tenaga kerja mahir selaras dengan kehendak industri semasa.

    Selain itu, delegasi turut dibawa melawat fasiliti serta bengkel latihan di sekitar kampus bagi meninjau kemudahan pembelajaran dan program latihan yang ditawarkan kepada para pelajar IKBN Kinarut.

    Diharapkan kunjungan hormat ini dapat membuka ruang kerjasama yang lebih luas dan berterusan, seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha memperkasa agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.