PELAJAR IKBN KINARUT SERTAI PERKHIDMATAN KESIHATAN REMAJA: DERMATOLOGI – JANGKITAN KULIT

    PELAJAR IKBN KINARUT SERTAI PERKHIDMATAN KESIHATAN REMAJA: DERMATOLOGI – JANGKITAN KULIT

    KOTA KINABALU | November 2026 -Seramai 13 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah menyertai Perkhidmatan Kesihatan Remaja bertemakan Dermatologi: Jangkitan Kulit anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sabah.

    Program yang berlangsung di KafeTEEN UTC Kota Kinabalu, Wisma UTC, Tingkat 1 ini bertujuan meningkatkan kesedaran golongan remaja terhadap aspek penjagaan kesihatan, khususnya berkaitan kesihatan kulit dan jangkitan kulit.

    Sesi perkongsian dan penerangan telah disampaikan oleh Dr. Mohd Shafie bin Hassan Nashit, Pegawai Perubatan UD12, yang memberikan pendedahan serta pengetahuan berkaitan penjagaan kesihatan kulit, pengenalpastian jangkitan dan kepentingan mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya.

    Melalui program ini, para pelajar turut berpeluang mendapatkan khidmat nasihat, pemeriksaan dan rawatan kesihatan secara percuma dalam suasana yang mesra remaja, selesa dan kondusif.

    Penyertaan ini memberikan nilai tambah kepada pembangunan sahsiah pelajar, khususnya dalam membudayakan amalan penjagaan kesihatan dan gaya hidup sihat.

    IKBN Kinarut sentiasa komited memastikan pembangunan pelajar bukan sahaja tertumpu kepada kecemerlangan kemahiran dan TVET, malah turut merangkumi aspek kesihatan, kesejahteraan diri dan kualiti kehidupan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.