PELAKSANAAN SARINGAN DASS-21 PENCEGAHAN AWAL MASALAH KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN  PELAJAR IKBN KINARUT

    PELAKSANAAN SARINGAN DASS-21 PENCEGAHAN AWAL MASALAH KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN PELAJAR IKBN KINARUT

    Papar 15 April 2026- Pelaksanaan Program Saringan DASS-21 melibatkan para pelajar IKBN Kinarut merupakan langkah awal dalam mengenal pasti tahap kesihatan mental mereka. Program ini menggunakan instrumen Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS-21) iaitu satu soal selidik ringkas yang mengukur tiga aspek utama iaitu kemurungan, kebimbangan dan tekanan.

    Melalui program ini, pelajar diberi peluang menilai keadaan emosi diri secara kendiri dalam tempoh masa yang singkat dan sekaligus membantu pihak institusi mengenal pasti pelajar yang memerlukan sokongan awal.

    Pelaksanaan program ini amat penting kerana ia berperanan untuk mengesan isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar dan dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesejahteraan emosi serta menggalakkan pelajar mendapatkan bantuan sekiranya menghadapi tekanan atau masalah psikologi.

    Secara keseluruhannya, pelaksanaan saringan ini menjadi langkah proaktif pihak institut khususnya dan Kementerian Belia dan Sukan amnya dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih sihat, sejahtera dan prihatin.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.