SARINGAN UJIAN AIR KENCING PENCEGAHAN AWAL  IKBN KINARUT BEBAS DADAH

    SARINGAN UJIAN AIR KENCING PENCEGAHAN AWAL IKBN KINARUT BEBAS DADAH

    PAPAR, April 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Sabah terus memperkukuh komitmen dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan bebas daripada ancaman dadah dengan melaksanakan saringan ujian air kencing dalam kalangan 274 orang pelajar institut. Hasil saringan tersebut menunjukkan 100% pelajar institut memperolehi keputusan negatif.

    Program yang dianjurkan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Papar ini merupakan antara langkah proaktif dalam usaha pencegahan awal bagi membanteras gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia. Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi kerajaan dalam melahirkan generasi muda yang sihat, berdisiplin dan berdaya saing.

    Pihak pengurusan institut sentiasa menyokong usaha berterusan kerajaan dalam memerangi penyalahgunaan dadah khususnya dalam kalangan remaja dan belia, demi menjamin masa depan negara yang lebih sejahtera dan bebas daripada pengaruh negatif.

    “Lebih Baik Cegah, Generasi Masa Hadapan Terpelihara”

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.