IKBN KINARUT, 14 Ogos 2026 – Program kafeTEEN@KBS Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut dengan penglibatan seramai 56 orang pelajar baharu Intake P47, Sesi 2/2026.
Program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama IKBN Kinarut ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan perkembangan diri, seksualiti, nilai dan tanggungjawab, kemahiran membuat keputusan serta usaha mengelakkan situasi berisiko.
Program dikendalikan oleh Pn. Rosnah Md Yusoff selaku fasilitator, dengan kehadiran Encik Eddysamond bin Layun, Penolong Pegawai Penerangan Kanan LPPKN.
Sepanjang program, para pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti interaktif, perkongsian dan perbincangan yang membantu meningkatkan pengetahuan, keyakinan diri serta kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab.
Secara keseluruhannya, program telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. IKBN Kinarut terus komited dalam menyokong pembangunan sahsiah, kesejahteraan dan potensi belia melalui program yang memberi impak positif kepada generasi muda.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
