- Kok Kaw Keaw
- IKBN Kinarut
- Hits: 20
IKBN Kinarut Diiktiraf Sebagai Pusat Bertauliah KNX Pertama di Sabah
KINARUT, 18 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut mencatat sejarah baharu apabila dilantik secara rasmi sebagai Pusat Bertauliah KNX (KNX Training Centre) yang pertama di Sabah.
Pengiktirafan ini diperkukuh dengan kejayaan IKBN Kinarut melahirkan 8 orang tenaga pengajar yang kini berdaftar sebagai Certified KNX Tutor. Pihak IKBN Kinarut turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia khususnya Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) atas sokongan dan KSDC Sdn Bhd atas kerjasama strategik dalam merealisasikan impian penubuhan pusat latihan ini.
Dengan pentauliahan rasmi daripada KNX Organization, IKBN Kinarut kini mampu menawarkan kursus KNX Basic dan modul latihan ini akan diserapkan ke dalam silibus pengajian pelajar kursus Penjaga Jentera Elektrik dan Pendawaian Elektrik di IKBN Kinarut.
Sebagai langkah memperkasakan kemahiran awam, kursus KNX Basic ini turut dibuka kepada orang ramai dan pengamal industri yang berminat dalam bidang automasi bangunan pintar pada masa akan datang.
