PROGRAM KEMBARA INSPIRASI BELIA AKAR UMBI (KIBAR) PERINGKAT NEGERI SABAH 2026

    PROGRAM KEMBARA INSPIRASI BELIA AKAR UMBI (KIBAR) PERINGKAT NEGERI SABAH 2026

    Kota Kinabalu- 25 Julai 2026 – Seramai 25 orang pelajar Pendawaian Elektrik (SLW03) Semester 2 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah menyertai Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Kampung Dato, Menggatal.

    Penglibatan ini merupakan jemputan daripada Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sabah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap aktiviti pembangunan belia, semangat kesukarelawanan, kepimpinan serta penglibatan aktif dalam komuniti.

    Para pelajar diiringi oleh tenaga pengajar Encik Asyrul bin Asri bersama YM. Tengku Burhan Sidqi bin Raja Sulaiman.
    Penyertaan dalam program ini diharapkan dapat memperkukuh pembentukan sahsiah, meningkatkan jati diri serta melahirkan belia TVET yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.