- Kok Kaw Keaw
- IKBN Kinarut
- Hits: 21
Selamat datang dan tahniah kepada semua pelajar baharu IKBN Kinarut!
Semoga hari pendaftaran ini menjadi langkah pertama yang penuh bermakna dalam memulakan perjalanan sebagai warga IKBN Kinarut. Rebutlah setiap peluang untuk menimba ilmu, membina kemahiran, mengukuhkan jati diri serta mengeratkan ukhwah bersama rakan-rakan dan warga institut.
Selamat datang ke keluarga besar IKBN Kinarut. Semoga segala urusan dipermudahkan dan perjalanan anda sepanjang pengajian dipenuhi kejayaan, pengalaman berharga serta kenangan yang indah.
Selamat maju jaya dan selamat menjadi warga IKBN Kinarut!
