Kinarut, 15 Mei – Sambutan Hari Belia Negara Peringkat IKBN Kinarut telah berlangsung dengan penuh semangat dan penghayatan dalam kalangan warga institut.
Program yang diadakan pada sebelah pagi itu diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya kuiz berkaitan Hari Belia Negara yang berjaya menguji pengetahuan serta meningkatkan kesedaran pelajar mengenai peranan belia dalam pembangunan negara.
Selain itu, acara turut dimeriahkan dengan persembahan sajak oleh pelajar yang membawa mesej semangat, perpaduan dan peranan generasi muda sebagai pewaris kepimpinan masa depan negara.
Sambutan ini diharap dapat menyuntik semangat belia agar terus aktif, berdaya saing serta memainkan peranan positif dalam masyarakat dan negara.
Turut hadir memeriahkan program ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, En. Ahmad Rithaudin bin Ibrahim bersama pegawai dan warga IKBN Kinarut.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
