KONTINJEN IKBN KINARUT SERTAI KEJOHANAN SUKAN ILKBS KE-38 TAHUN 2026

    KONTINJEN IKBN KINARUT SERTAI KEJOHANAN SUKAN ILKBS KE-38 TAHUN 2026

    CHEMBONG, NEGERI SEMBILAN, 14 Mei 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut telah menghantar kontinjen bagi menyertai Kejohanan Sukan ILKBS Ke-38 Tahun 2026 yang berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong bermula 11 hingga 14 Mei 2026.

    Kejohanan tersebut mempertandingkan enam acara sukan iaitu bola sepak, badminton, bola baling, sepak takraw, boling, go-kart dan bola tampar. Dalam kejohanan kali ini, IKBN Kinarut telah mengambil bahagian dalam dua acara sukan iaitu bola sepak dan bola tampar.

    Pasukan bola tampar IKBN Kinarut berjaya meraih tempat keempat keseluruhan selepas mempamerkan aksi yang memberangsangkan sepanjang kejohanan berlangsung. Sementara itu, pasukan bola sepak pula menunjukkan prestasi yang baik namun sekadar menamatkan saingan di peringkat kumpulan selepas gagal mara ke peringkat seterusnya berdasarkan perbezaan jumlah jaringan.

    Kontinjen IKBN Kinarut terdiri daripada 22 orang atlet dan enam orang pegawai yang diketuai oleh Puan Zuarini binti Jumai selaku Pengarah IKBN Kinarut.

    Pihak kontinjen IKBN Kinarut turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Sukan ILKBS Ke-38 Tahun 2026 dengan lancar. Tahniah juga diucapkan kepada pihak tuan rumah kerana berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan.

    Penyertaan dalam kejohanan ini diharap dapat terus memperkukuhkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan dalam kalangan atlet serta warga institut, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara institusi latihan kemahiran belia dan sukan seluruh negara.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.