π‡π€π‘πˆ π‚π”π‚πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐈𝐊𝐁𝐍 πŠπ”π€π‹π€ ππ„π‘π‹πˆπ’

    β€œBersih Bersama, Lestari Untuk Semua”
    πŸ“ IKBN Kuala Perlis
    πŸ“† 26 September 2026
    ⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang

    Warga IKBN Kuala Perlis turut menyemarakkan Hari Cuci Malaysia 2026 melalui Program Pembersihan Mega bersempena World Cleanup Day, hasil kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
    Program ini melibatkan aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan sekitar institut serta kerja-kerja mengecat, dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, ceria dan selesa.
    Turut bersama menjayakan program ialah pegawai IKBN, pekerja kebersihan, penghuni kuarters serta seluruh pelajar IKBN Kuala Perlis. Semangat kerjasama dan kesukarelawanan yang ditunjukkan bukan sahaja menceriakan persekitaran institut, malah menyemai nilai kebersihan, tanggungjawab bersama dan kerja berpasukan dalam kalangan warga IKBN.
    Inisiatif ini mencerminkan komitmen IKBN Kuala Perlis dalam mendukung kelestarian alam sekitar serta membudayakan amalan kebersihan sebagai sebahagian daripada gaya hidup warga institut.
    Hadir sama, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Cik Aqilah binti Rozali, bagi menyokong dan memeriahkan lagi pelaksanaan inisiatif ini.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    Jalan Bukit Kubu
    02000 Kuala Perlis

    04 - 9855985
    04 - 9852434
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.