- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 22
RANGKUMAN MAJLIS PELANCARAN JENTERA TERBAHARU KOMATSU MALAYSIA
RANGKUMAN MAJLIS PELANCARAN JENTERA TERBAHARU KOMATSU MALAYSIA 
Jabatan Automotif IKBN Kuala Perlis menerima jemputan daripada Komatsu Malaysia Sdn. Bhd. untuk menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Terbaharu Komatsu Malaysia.
Majlis ini memberi peluang kepada para pegawai dan pengajar khususnya Bahagian Penyelenggaraan Jentera Berat untuk mendapatkan pendedahan berkaitan teknologi serta perkembangan terkini dalam industri jentera berat.
Penyertaan ini turut menjadi platform untuk perkongsian ilmu, pertukaran pandangan dan pengukuhan jaringan kerjasama antara IKBN Kuala Perlis dan pihak industri.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasa bagi menyokong pembangunan kompetensi tenaga pengajar serta melahirkan graduan TVET yang berkemahiran, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
