Inovasi Membawa Kejayaan: IKBN Kuala Perlis Cemerlang di ProPitch 2026

    Inovasi Membawa Kejayaan: IKBN Kuala Perlis Cemerlang di ProPitch 2026

    Tarikh :  4-5 Ogos 2026
    Tempat : IKTBN Sepang

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta Pertandingan Inovasi ProPitching 2026 atas kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih dua pingat dalam pertandingan tersebut.

    Antara pencapaian yang diraih ialah:
    - 🏅 Pingat Perak menerusi projek Smart Support Jack dalam Kategori FYP.
    - 🥉 Pingat Gangsa menerusi projek Brilliant Wind Solar System dalam Kategori ProPitch.

    Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kreativiti dan dedikasi para pengajar serta pelajar daripada Bahagian Penyelenggaraan Jentera Berat dan Bahagian Lukisan Seni Bina yang telah berusaha gigih menghasilkan inovasi berkualiti dan berimpak tinggi.
    Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya inovasi, melahirkan lebih ramai pencipta berkemahiran tinggi serta mengharumkan nama IKBN Kuala Perlis di peringkat yang lebih tinggi.
    Teruskan berinovasi, mencipta kecemerlangan dan menginspirasikan masa depan!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    Jalan Bukit Kubu
    02000 Kuala Perlis

    04 - 9855985
    04 - 9852434
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.