𝐓𝐊𝐒𝐔 (𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤) 𝐊𝐁𝐒 𝐒𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐊𝐞 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬 

     
    𝐓𝐊𝐒𝐔 (𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤) 𝐊𝐁𝐒 𝐒𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐊𝐞 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬 

    📅 2 Ogos 2026
    📍 IKBN Kuala Perlis, Perlis
    IKBN Kuala Perlis berbesar hati menerima kunjungan ringkas Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), yang singgah ke institut ini dalam perjalanan menghadiri lawatan rasmi di zon utara.
    Sepanjang kunjungan tersebut, beliau berkesempatan menanam pokok harumanis sebagai simbolik persinggahan di IKBN Kuala Perlis. Aktiviti berkenaan turut disertai Puan Zaliha Abu Bakar, Pengarah IKBN Kuala Perlis, pegawai-pegawai IKBN Kuala Perlis serta wakil Agro-TVET IKBN Kuala Perlis, sekali gus melambangkan komitmen bersama dalam menyokong usaha kelestarian alam sekitar.
    Beliau turut dibawa melawat sekitar kawasan institut bagi melihat sendiri persekitaran kampus serta kemudahan yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah.
    IKBN Kuala Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Chan Hong Jin atas kesudian meluangkan masa berkunjung ke institut ini. Semoga kunjungan ini terus mengeratkan hubungan strategik antara KBS dan IKBN Kuala Perlis serta menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan pembangunan belia dan TVET negara.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    Jalan Bukit Kubu
    02000 Kuala Perlis

    04 - 9855985
    04 - 9852434
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.