Tarikh : 29 Oktober 2025
Tempat : Bengkel Teknologi Marin, IKBN Kuala Perlis
IKBN Kuala Perlis telah menganjurkan Kursus Penyelenggaraan Enjin Sangkut khas buat komuniti nelayan Kuala Perlis.
Program ini memberi pendedahan asas mengenai komponen dan fungsi enjin sangkut, teknik penyelenggaraan berkala, serta kaedah mengenal pasti dan membaiki kerosakan ringan.
Peserta turut didedahkan kepada amalan keselamatan dalam pengendalian enjin sangkut — sejajar dengan usaha memperkasakan kemahiran komuniti nelayan tempatan. Kursus ini dianjurkan secara percuma bersempena Festival IDEA Perlis 2025.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#KBS
#TVETKBS
#ILKBS
#ProfesionalTerunggul
#MalaysiaMadani
#MadaniBekerja
#ikbnkp
