TERIMA KASIH JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

    TERIMA KASIH JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

    Tarikh :  28 Oktober 2025

    Tempat : Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

    Delegasi EKSA IKBN Kuala Perlis telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis hari ini.

    Lawatan ini diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif penambahbaikan berterusan bagi memperkukuh pengurusan persekitaran kerja yang kondusif, di samping memperluas perkongsian ilmu serta amalan terbaik pelaksanaan EKSA antara kedua-dua agensi.

    Ketibaan rombongan IKBN Kuala Perlis telah disambut mesra oleh Pengarah JKN Perlis, Dr. Ghazali bin Chik, bersama barisan pegawai kanan jabatan. Sesi lawatan turut merangkumi taklimat pelaksanaan EKSA di JKN Perlis, sesi soal jawab interaktif serta tinjauan ke beberapa zon EKSA yang telah dilaksanakan dengan jayanya.

    Melalui program seumpama ini, diharapkan jalinan kolaboratif antara agensi dapat terus diperkukuh ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang efisien, bersih dan produktif, selaras dengan aspirasi serta prinsip EKSA.

     

    TVET Pilihan Utama Kerjaya

    ILKBS Profesional Terunggul

     

    #KBS

    #TVETKBS

    #ILKBS

    #ProfesionalTerunggul

    #MalaysiaMADANI

    #MADANIBekerja

    #eksaikbnkp

    #ikbnkp

    Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    Jalan Bukit Kubu
    02000 Kuala Perlis

    04 - 9855985
    04 - 9852434
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.