LKIM, IKBN DAN JPK PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK TVET

    LKIM, IKBN DAN JPK PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK TVET

    π‹πŠπˆπŒ, 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐃𝐀𝐍 π‰ππŠ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ 𝐓𝐕𝐄𝐓 ✨

    SERDANG, 4 SEPTEMBER 2026 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) terus memperkukuh pembangunan modal insan melalui Majlis Memeterai Kerjasama Strategik bagi Pelaksanaan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bersama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
    Majlis yang berlangsung sempena MAHA 2026 telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Muhammad Faiz bin Dato’ Haji Fadzil, Pengerusi LKIM.
    Turut hadir Puan Zaliha binti Abu Bakar, Pengarah IKBN Kuala Perlis, dan Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, JPK.
    Majlis turut menyaksikan penyerahan Nota Kerjasama antara LKIM dan IKBN serta LKIM dan JPK, sebagai simbolik komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem TVET.
    Kerjasama strategik ini diharap dapat memperluas peluang pendidikan dan latihan kemahiran kepada belia, khususnya dalam bidang berkaitan sektor perikanan, teknikal dan industri sokongan, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang memenuhi keperluan industri.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    Jalan Bukit Kubu
    02000 Kuala Perlis

    04 - 9855985
    04 - 9852434
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.