- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 32
𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐀𝐈𝐑 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐀𝐈𝐑 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team IKBN Kuala Perlis atas semangat juang, disiplin dan kerjasama berpasukan yang ditunjukkan dalam Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026! 

Diketuai oleh En. Saiful Muzaffar selaku Ketua Kontinjen, pasukan yang turut disertai oleh pelajar Program Marin IKBN Kuala Perlis telah memberikan saingan yang membanggakan dalam beberapa kategori.
Penyertaan ini bukan sekadar menguji kekuatan fizikal dan ketahanan, malah menjadi platform untuk membentuk semangat berpasukan, disiplin, kepimpinan dan daya juang dalam kalangan pelajar IKBN Kuala Perlis.
Walaupun belum berjaya meraih podium, setiap kayuhan membawa pengalaman, setiap cabaran membina kekuatan dan setiap perlumbaan menjadi langkah untuk kita kembali dengan lebih hebat!
Syabas kepada semua atlet, jurulatih dan urus setia Team IKBN Kuala Perlis atas dedikasi dan komitmen yang diberikan. Teruskan berlatih, teruskan berjuang dan terus mengharumkan nama IKBN Kuala Perlis!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
