- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 28
MENEROKA LALUAN TVET : KUNJUNGAN MUAFAKAT PIBG KAWASAN BUKIT SELAMBAU KE IKBN KUALA PERLIS
𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓: 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐀𝐅𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐈𝐁𝐆 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐔 𝐊𝐄 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis berbesar hati menerima kunjungan YDP PIBG daripada SMK Bukit Selambau, SMK Aman Jaya Sungai Lalang dan Maktab Mahmud Merbok, serta Pengetua dan Guru Kaunselor SMK Bukit Selambau bagi meneroka dengan lebih dekat peluang pendidikan dan laluan kerjaya berasaskan TVET.
Kunjungan ini turut disusuli dengan sesi taklimat ringkas mengenai IKBN Kuala Perlis serta lawatan ke bengkel-bengkel latihan bagi memberi pendedahan secara langsung terhadap bidang kemahiran, kemudahan latihan dan peluang kerjaya yang tersedia.
Inisiatif sebegini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi TVET dengan pihak sekolah serta membuka ruang kepada golongan pelajar untuk mengenali pilihan pendidikan dan kemahiran yang bersesuaian dengan minat, bakat dan keperluan industri.
IKBN Kuala Perlis membuka peluang, TVET membina masa depan! 

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
