- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 34
PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT IKBN KUALA PERLIS
PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT IKBN KUALA PERLIS 
18 Ogos 2026 (Selasa),
Masa : 3.00 petang,
Tempat : Pusat Sumber, IKBN Kuala Perlis.
Program anjuran Pusat Sumber, IKBN Kuala Perlis ini telah disertai seramai 35 orang peserta dan bertujuan untuk memperingati Hari Kebangsaan sebagai lambang perpaduan serta kemerdekaan negara, di samping memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan warga IKBN Kuala Perlis.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya:
Program turut dihadiri oleh Puan Isma Baizura, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, serta Cik Aqilah binti Rozali, Timbalan Pengarah IKBN Kuala Perlis. Penyampaian hadiah kepada para pemenang turut disempurnakan oleh kedua-dua tetamu kehormat.
Semoga program ini dapat terus menyemarakkan semangat cintakan negara, patriotisme dan perpaduan dalam kalangan warga IKBN Kuala Perlis serta menghayati erti sebenar kemerdekaan. 

“Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka!”
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
