- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 15
MISI PANCA BANJIR : SUKARELAWAN IKBN KUALA PERLIS MELAKSANAKAN MISI BANTUAN BANJIR DI SEKOLAH KEBANGSAAN TITI TOK BANDAR, PERLIS
𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑: 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐎𝐊 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒
Tempat : SK TITI TOK BANDAR, PERLIS
Tarikh : 2 Disember 2025
Skuad Sukarelawan Bencana Banjir IKBN Kuala Perlis telah melaksanakan operasi bantuan pasca-banjir dengan menumpukan usaha pembersihan kawasan sekolah yang terjejas.
Seramai 17 orang sukarelawan yang terdiri daripada 15 orang pelajar dan 2 kakitangan IKBN Kuala Perlis telah digerakkan dalam operasi ini, melibatkan kerja-kerja pembersihan menyeluruh kawasan sekolah yang terkesan akibat banjir besar baru-baru ini. Tugas yang dilaksanakan merangkumi pembersihan bahagian dalam dan luar kelas, pengalihan sisa lumpur, serta memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat dan bersih untuk diduduki semula.
Pelaksanaan misi ini menggambarkan komitmen berterusan dan keprihatinan seluruh warga IKBN Kuala Perlis dalam membantu mangsa bencana. Semoga misi ini dapat membantu meringankan beban warga sekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran yang bersih dan suasana yang tenang.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
