- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 13
PASUKAN DRAGON BOAT IKBN KUALA PERLIS UNGGUL DI PERSADA ANTARABANGSA
PASUKAN DRAGON BOAT IKBN KUALA PERLIS UNGGUL DI PERSADA ANTARABANGSA
Tarikh : 28 – 30 November 2025
Tempat : Straits Quay Retail Marina, Pulau Pinang
Pasukan Dragon Boat IKBN Kuala Perlis terus membuktikan keupayaan dan semangat luar biasa apabila berjaya mencatatkan keputusan cemerlang di Penang International Dragon Boat Regatta 2025. Dengan kesungguhan dan disiplin tinggi, pasukan telah meraih kejayaan dalam tiga kategori berikut :
Juara - International Junior Under 24 Open 400 meter
Juara - International Junior Under 24 Mixed 250 meter
Naib Juara - International Junior Under 24 Open 250 meter
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh Team Dragonboat IKBN Kuala Perlis. Terima kasih atas usaha tanpa jemu para peserta, sokongan padu jurulatih serta dedikasi pegawai yang sentiasa menjadi tonggak kekuatan pasukan.
Semoga kejayaan ini terus menyuntik inspirasi dan menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih besar pada masa akan datang.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
