- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 38
PROGRAM KEM KEPIMPINAN RAKAN BELIA YADIM (RBY) ILKBS ZON UTARA TAHUN 2025
PROGRAM KEM KEPIMPINAN RAKAN BELIA YADIM (RBY) ILKBS ZON UTARA TAHUN 2025
Tempat : Kompleks Rakan Muda, Baling, Kedah
Tarikh : 7 - 9 November 2025
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama IKTBN Bukit Mertajam, IKBN Kuala Perlis, IKBN Seri Iskandar, IKBN Naka dan IKBN Jitra telah menganjurkan Program Kem Kepimpinan Rakan Belia Yadim ( RBY) ILKBS Zon Utara bagi Tahun 2025. Program ini dianjurkan bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar ILKBS untuk menjadi ahli Rakan Belia YADIM (RBY) di bawah Biro Kerohanian dan seterusnya dapat mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
Program ini juga bertujuan untuk memperkasakan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan kesukarelawan di kalangan pelajar ILKBS. Para peserta diberikan pendedahan berkaitan tatacara memimpin, mengurus dan menyelaras organisasi serta diberikan panduan untuk membuat kertas kerja, melaksanakan aktiviti berbentuk khidmat bakti masyarakat, kerohanian dan sebagainya yang akan turut melibatkan agensi-agensi kerajaan dan juga NGO.
Seramai 94 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar ILKBS Zon Utara iaitu IKTBN Bukit Mertajam, IKBN Kuala Perlis, IKBN Seri Iskandar, IKBN Naka dan IKBN Jitra telah terlibat dalam program ini.
Diharapkan program ini dapat melahirkan barisan pemimpin muda yang berakhlak mulia, berwawasan serta mampu menjadi ejen perubahan positif dalam komuniti ILKBS dan masyarakat amnya. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat atas kejayaan penganjuran program ini!
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
