𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

    𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

    𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

    Semangat Malaysia Aktif membara di perkarangan IKBN Kuala Perlis semalam!
    Dari padang hingga ke gelanggang, seluruh warga IKBNKP bersatu menyahut seruan untuk mengamalkan gaya hidup sihat, aktif dan cergas. Pelbagai aktiviti menarik memeriahkan suasana, daripada keseronokan Fun Run, aksi kompetitif badminton hinggalah ke kemeriahan Sukan Rakyat yang mencetuskan suasana penuh ceria! 🏃‍♂️🏸🎉
    Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah IKBN Kuala Perlis, Puan Zaliha binti Abu Bakar, yang bersama-sama warga institut memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2026.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga IKBNKP serta Kelab KEKAS atas komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan dalam memastikan program ini berlangsung dengan jayanya.

    Sesungguhnya, sukan bukan sekadar aktiviti fizikal, malah menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan warga institut.

    Jom terus aktif, kekal cergas dan jadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup kita!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    Jalan Bukit Kubu
    02000 Kuala Perlis

    04 - 9855985
    04 - 9852434
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.