JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN: CORETAN AMALI ARCHI CEX' 2026

    JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN: CORETAN AMALI ARCHI CEX' 2026

    JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN: CORETAN AMALI ARCHI CEX' 2026

     1 Oktober 2026
    📍POLIMAS, Jitra

    Bahagian Lukisan Senibina IKBN Kuala Perlis berpeluang memenuhi undangan ke Archi Cex' 2026 (Architecture Competition & Exhibition) Northern Edition di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS).
    Walaupun hadir sebagai tetamu jemputan dan tidak menyertai pertandingan, delegasi institut ini iaitu 4 tenaga pengajar dan 37 pelajar peluang meneliti model fizikal serta papan pembentangan yang dipamerkan memberikan pengalaman pembelajaran amali yang sangat bermakna.
    Pendedahan ini memperkayakan kefahaman pelajar terhadap ketelitian kerja tangan, pemilihan material, skala, susun atur grafik dan kekemasan lukisan teknikal.
    Pengalaman di lapangan sebegini menjadi nilai tambah penting dalam membentuk bakal arkitek muda, selain memberi gambaran sebenar tentang standard persembahan visual dalam dunia profesional.
    Hari ini mungkin sekadar menjadi pemerhati dan menimba inspirasi. Namun, dengan ilmu dan pengalaman yang dikutip, tidak mustahil suatu hari nanti karya anak-anak didik ini pula akan dipamerkan megah.
    Terus melangkah, kerana usaha itu tangga kejayaan!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    Jalan Bukit Kubu
    02000 Kuala Perlis

    04 - 9855985
    04 - 9852434
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.