- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 30
TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐀𝐏𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟓
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada 7 orang warga IKBN Kuala Perlis yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, dedikasi dan komitmen cemerlang sepanjang tahun perkhidmatan.
Penganugerahan ini bukan sekadar satu pengiktirafan, malah menjadi bukti bahawa usaha, integriti dan semangat kerja berpasukan mampu melahirkan kecemerlangan yang memberi impak kepada institusi.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga IKBN Kuala Perlis untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta bersama-sama mengangkat kecemerlangan TVET negara.
Tahniah kepada semua penerima APC 2025! Terus melakar kecemerlangan demi IKBN Kuala Perlis, ILKBS dan Kementerian Belia dan Sukan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
